CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, August 22, 2010

UKM lahirkan 233 graduan PhD tahun ini

myMetro
Isnin, 23 0gos 2010




UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) membuktikan kredibiliti sebagai antara universiti terbaik negara apabila menganugerahkan 233 graduannya Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen ke-38 di kampus induk, Bangi, Selangor, baru-baru ini.


Anugerah itu menjadikan UKM pemegang rekod terbanyak sejak tahun lalu, sekali gus menunjukkan kesungguhan merencanakan wawasan negara melahirkan 60,000 pensyarah berkelulusan PhD menjelang 2023.


Ia juga bukti komitmen tinggi UKM sebagai satu daripada lima universiti penyelidikan negara.


Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, UKM komited dan serius dalam proses penjanaan ilmu, selain mahu menjadikan institusi itu disegani di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Berita penuh.. (klik sini)

0 comments: