CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, December 21, 2012

BerHati2lah SaHabat!

Assalammualaikum, kawan2, saya ingin mengingatkan kamu bahawa dalam dunia serba teknologi ini, bukan semua bende kita boleh cerita even kat org2 terdekat kite pun.
pernah tak dengar pasal 'Social Engineering'? ini adalah 1 kaedah dimana maklumat2 sulit kamu terbocor hanya dengan sembang2 biasa aje (sosial).

situasi 1:
azzah :fafa, kau ada bela kucing tak?
yana : adaaaa! aku memang pencinta kucing! kat rumah aku belambak kot. tapi yang aku paling sayang Melur dgn Cempaka (antik betul-.-)
mak long Siti aku bagi mase aku kecik dulu.. kitorg memang rapat sebab dua2 minat kucing. hee~
azzah : oh yeke? baguslah :D okey aku balik dulu ye! kbai !

*sampai bilik, bukak yahoo/gmail guna email fafa *
username : (ah ni carik kat fesbuk pun ada. kalau mintak pun, xkan sesiapa persoalkan)
passowrd : alamak, tak tahu la. hmm takpe. tekan 'forgot password' la. konon2 aku adelah fafa yang terlupa password sendiri.

yahoo : Please answer first security question. What is your cats name?
answer : Melur and Cempaka

yahoo : Please answer second security question. Who is your favorite untie?
answer : Mak long Siti

thank you ! your password is : melurcempaka_meow22

gotcha! kalau email dah jatuh ke tangan aku ni, memang byebye lah facebook, twitter, assignment, project report, research ke minit mesyuarat kau sume fafa! HAHAH *gelak evil*

see! maklumat yg dianggap remeh sebenarnya yg meletakkan kita dalam bahaya. kadang2 kita tak share pun cerita kat sesiapa, tapi mana tau kawan2 kita amik gambar dgn kereta kita, post kat fb. caption :Ainn beli kereta baru beb! no plat pun cun, ABC 123 ! pastu security question email kita : what is your plat number. hah, sesia je..

situasi 2
seorang lelaki berpakaian formal, berkot, datang ke arah sy. ketika itu sy dlm perjalanan ke dewan kuliah.
lelaki : selamat petang. tumpang tanya, bilik server fakulti ni di mana? sy dihantar oleh TNC untuk pantau bla3
azzah : ooo yeke? patutlah site2 yg guna localhost sume slow je harini. jom sy tunjukkan biliknye.

tett! kat situ maklumat sulit dah terdedah. kesalahan di sini ialah, lelaki itu cuma meneka dan tekaannya kebetulan mengena dengan keadaan. pagi tu memang server ada masalah. lelaki tu x tau pun sebenarnya. dia just teka. dan mangsa x rasa ragu sbb lelaki tu nampak meyakinkan (pakai kot, mention nama TNC), plus guessing (tekaan) lelaki tu kebetulan mengena.

oleh itu, berhati2 ketika menyebarkan maklumat. kita mungkin ingat maklumat itu bende remeh dan kebiasaan, namun penggondam diluar ada macam2 cara nak manipulate sembang2 kita ke arah membuka jalan ke pembocoran maklumat. sekian.. :)

Tuesday, May 15, 2012

SeDanG coUpLe,PerLukaH puTus

"Sedang couple, perlukah putus?"
---- Lepas solat Jumaat, seorang junior menemui seniornya.
Junior: Bro, saya nak tanya sesuatu boleh? ...
Senior: Ya, silakan.
Junior: Seandainya saya ada dosa sebesar dunia, kemudian saya bertaubat. Adakah dosa-dosa tersebut akan diampuni oleh Allah?
Senior: InsyaAllah, segalanya mungkin dengan izin Allah. Taubat ertinya bukan sekadar solat taubat, tetapi meninggalkan perbuatan dosa tersebut tanpa mengulanginya lagi di masa depan. Sungguh-sungguh menginsafi sampai kiamat.
Junior: Baik. Saya sebenarnya ada teman wanita. Couple la dengan kata lain. Jadi, adakah berdosa perbuatan saya tu? Jika berdosa, adakah kami perlu putuskan hubungan kami?
Senior: Berdosa atau tidak sebenarnya orang yang bercinta lebih mengetahui apa yang mereka buat bersama-sama ketika bercinta. Betul tak? Tak perlulah saya yang klasifikasikan dosa itu, dosa ini. Orang yang bercinta ni bukan semuanya jahil. Majoritinya cerdik pandai, tahu agama. Tahu beza halal haram. Tapi, ya lah. Manusia. Berhadapan soal hati, hatta dia seorang ustaz sekalipun, kadang-kadang goyah juga hati dan iman. Saya pun samalah.
Junior: Em..rata-rata tempat mengatakan couple ini berdosa. Saya pun tahu apa yang saya lakukan selama ini dengan teman wanita saya juga melibatkan perkara dosa. Baru-baru ini saya buka facebook bro, ada nasihat-nasihat mengenai couple. Timbul rasa insaf dalam diri ini. Jika teruskan, hati ini jadi tak tenang juga. Kena clash ke? Sayang juga tu nak tinggalkan. Dia pun bukannya tak baik. Cantik pun cantik. Kalau dalam pandangan saya ni, paling cantik lah.
Senior: Satu, lelaki yang terbaik tidak akan mencintai wanita yang paling cantik namun akan mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik di dunia dan akhirat, dan juga menjadikan wanita itu cantik dunia dan akhirat bersama-samanya. Dua, jika wanita itu ada potensi dididik, kenapa mahu putuskan? Sambungkanlah dengan ikatan pernikahan. Dia dah sayang kamu sepenuh hati, kamu pun sama. Dia rela dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kamu. Banyak masa dah terbuang untuk fokus pada hubungan kamu berdua. Tak terkira sumpah dan janji. Dikhuatiri juga, bila putus dalam keadaan begini kesan luka di hati pada pasangan akan menjadikan keadaan bertambah buruk. Hati pun jadi bertambah kusut, sedih. Kenapa nak sedihkan pasangan? Berilah berita gembira dengan melamar dari walinya. Ajaklah dia berubah sekali ya. Junior: Em..kenapa pula kena putus?
Senior: Pada hemat saya, ada beberapa sebab kenapa perlu putus:-

1. Pasangan masih student, baru-baru nak masuk universiti. Langsung tidak bersedia untuk bekerja dan masih kabur cara nak dapatkan kerja. Tak pandai berdikari sendiri lagi. Tapi ini cuma berlaku pada student yang tidak berfikiran matang. Jika dah matang, masalah kerja ini pasti dapat diatasi.
2. Lelaki atau wanita terlibat masalah sosial yang teruk. Clubbing, penzinaan, lumba haram, dadah, pil dan sebagainya yang dikategorikan sebagai sangat teruk. Bukan tak boleh berubah, tapi perlu masa panjang.
3. Ketenangan yang tidak pernah muncul. Bila bersama, hati gembira tetapi di sudut hati yang paling dalam tiada ketenangan. Banyak sangat masalah timbul. Tidak percaya, prasangka berpanjangan dan lain-lain. Bila dinasihat, tidak berubah.
4. Pasangan tidak ada keinginan untuk bernikah, sekadar nak main-main. Sekadar nak ada teman lepaskan kebosanan dan kesunyian. Buat apa nak kahwin dengan orang yang tak mahu kahwin?
5. Pasangan tidak sudi berubah walaupun diajak untuk berubah.

Junior: Em..
Senior: Fikirlah dalam-dalam. Saya minta diri dulu. ( berlalu pergi sambil menepuk lembut bahu junior seraya membisikkan sesuatu pada junior ) Junior terkesima mendengar bisikan tersebut. ----
Seminggu kemudian, junior dan pasangannya itu pun akad nikah dalam keadaan yang serba sederhana. Sesuai bajet mereka sebagai student. Senior datang ke walimah. Junior cepat-cepat bersalam dengan senior dan memeluknya sambil menitiskan air mata.
Junior: Terima kasih, bro. Kata-kata akhir bro pada saya tempoh hari benar-benar memberi kesan yang mendalam pada hati ni. Terngiang-ngiang lagi di telinga ni:-

"Jika benar sayang Allah, buktikan dengan segera menikahinya. Tak cukup duit tidak mengapa. Allah kan dah beri janjiNya (janji rezeki dari berkatnya pernikahan). Jika benar cinta pada Allah, segala halangan di depan bukan menjadi alasan. Redha Allah, redha Allah, redha Allah. Dengan mengharap redha Allah, segeralah jumpa walinya. Jika perlu berlutut, berlututlah. Jika perlu menangis, menangislah. Sayang Allah adalah suatu perjuangan."
Junior: Isteri saya rupa2nya memang ada niat nak berubah. Dia pun di sudut hati, tidak suka couple2 ni. Lalu, saya dah berpakat dengan isteri saya masa tu. Kami dah jual handphone, laptop saya, dan campurkan semua simpanan kami. Akhirnya dapatlah RM5ribu. Dah ada duit, saya pergi ke rumahnya dan pujuk parents dia sampai dapat. Menangis pun dah. Macam drama dah pun. Akhirnya mereka setuju. Alhamdulillah. Senior: Alhamdulillah :)
Junior: Jemput makan-makan bro :)
Senior: Saya datang sini bukan untuk makan, saya datang nak meminang kakak kepada isteri kamu. :) Junior dan isteri tergamam lalu tersenyum. Yup, jika kita nak jadi baik dan nak benda baik, insyaAllah Allah mudahkan jalan ke arah itu.

Saturday, October 29, 2011

RagaM berCinta

RAGAM BERCINTA

♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass..., tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !

so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.

♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.

♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan.........peace!!!