CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Saturday, September 4, 2010

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PENGGUNAAN E-LEARNING DAN INTEGRASI INTERNET DALAM
PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Electronic learning atau e-learning telah mendapat perakuan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam sistem pendidikan hari ini. Kemampuan dan kemajuan teknologi ini adalah bergantung kepada perkembangan pesat dalam teknologi internet dan telahpun mempengaruhi sistem pendidikan dari segi bentuk pembelajaran dan kaedah penyampaian berbanding dengan sistem yang sedia ada. Bagi institusi yang mengaplikasikan pengajian didalam dan diluar bilik darjah, teknologi e-learning bukan sahaja dapat membantu dalam pengajaran mereka bahkan penggunaannya akan menambahkan kualiti penyampaian dimana para pengajar boleh menyediakan nota mereka sebelum atau selepas pengajaran dalam kelas. Namun yang menjadi isu dalam penggunaan e-learning ini khususnya bagi guru Pendidikan Islam ialah mereka tidak jelas dengan kelebihan penggunaan e-learning dan fungsi penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam permasalahan ini para guru perlu faham tentang beberapa perkara:

• Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) disamping mengekalkan ketrampilan dan keperibadian mulia sebagai tunjang utama.

• Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran manakala, aktiviti pembelajaran pula hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

• Penggunaan e-learning dalam bidang Pendidikan Islam membolehkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru. Maka, para pelajar boleh berinteraksi dengan guru-guru dalam bentuk forum atau berbincang secara langsung menerusi chat room.

• Para pelajar tidak perlu untuk berjumpa guru untuk tujuan mendapatkan maklumat berkenaan subjek. Ini adalah kerana penggunaan e-learning turut menyediakan pelajar segala maklumat berkaitan subjek seperti objektif subjek, jadual kelas, kerja kursus dan sebagainya.

• Bahan pembentangan dalam kelas menjadi kepentingan terbesar dalam e-learning dimana para pensyarah atau guru-guru akan dapat memuatkan bahan pembentangan mereka dengan tujuan rujukan. Bahan ini juga akan disusun mengikut minggu pengajian bagi menggalakkan pelajar menghadirkan diri ke kelas.