CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, August 30, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, August 29, 2010

WAJAH SUCI

video
sedihnya melihat insan kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kekejaman manusia akibat membiarkan hawa nafsu  terus bermaharajalela.....INSAFLAH....

Monday, August 23, 2010

klik disini

Sunday, August 22, 2010

UKM lahirkan 233 graduan PhD tahun ini

myMetro
Isnin, 23 0gos 2010




UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) membuktikan kredibiliti sebagai antara universiti terbaik negara apabila menganugerahkan 233 graduannya Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen ke-38 di kampus induk, Bangi, Selangor, baru-baru ini.


Anugerah itu menjadikan UKM pemegang rekod terbanyak sejak tahun lalu, sekali gus menunjukkan kesungguhan merencanakan wawasan negara melahirkan 60,000 pensyarah berkelulusan PhD menjelang 2023.


Ia juga bukti komitmen tinggi UKM sebagai satu daripada lima universiti penyelidikan negara.


Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, UKM komited dan serius dalam proses penjanaan ilmu, selain mahu menjadikan institusi itu disegani di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Berita penuh.. (klik sini)

Saturday, August 21, 2010

Puasa sekadar tahan lapar dahaga???

PUASA Ramadan adalah ibadah yang menjadi kewajipan setiap Muslim. Dalam menjaga agar puasa tidak rosak, masyarakat Muslim perlulah prihatin dan berhati-hati dalam hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Biasanya masyarakat sering mengemukakan isu yang merujuk kepada puasa dan aspek perubatan. Contohnya penggunaan inhaler ketika berpuasa, penggunaan rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang, suntikan insulin, bius dan sebagainya. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama dalam masalah ini. Terdapat pelbagai buku boleh dikaji supaya kita lebih faham tentang isu-isu ini. 

Persoalan yang diajukan itu memberi tanda yang positif. Ia merupakan satu penanda aras tentang tahap kefahaman segelintir masyarakat Muslim dalam memahami hukum-hakam puasa. Namun sedikit malang apabila persoalan yang amat penting juga dalam ibadah puasa sedikit terabai. 
Contohnya segelintir masyarakat Muslim tidak melihat akhlak yang buruk sebagai perkara yang membatalkan puasa atau membatalkan pahala ibadah puasa. Maka waktu senggang yang asalnya diisi dengan makan digunakan untuk mengumpat, bercakap bohong, berbual perkara yang lagha atau sia-sia secara keterlaluan. 



Oleh itu, amat wajar untuk direnungi suatu sabda Nabi SAW maksudnya:  
Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta dan amalan dengannya maka tiadalah Allah berhajat baginya untuk dia meninggalkan makan dan minum. (riwayat al-Bukhari)

Mengikut tafsiran hadis ini sebagaimana dalam Fath al-Bari - satu karya yang menghuraikan Sahih al-Bukhari. Hadis ini menggambarkan bahawa amalan puasa ini tidak diterima oleh Allah.

Alangkah ruginya puasa yang dilakukan dengan kelaparan dan kehausan namun ia tidak diterima. Perit-jerih bangun bersahur pada awal pagi hanya menjadi amalan yang sia-sia.
Maka menjauhi perkara yang sia-sia sebenarnya merupakan dasar bagi seorang mukmin.

Tidakkah al-Quran menjelaskan ciri-ciri golongan mukmin yang berjaya. Antaranya ialah menjauhi perkara yang sia-sia sebagaimana firman Allah mafhumnya:
Sesungguhnya orang mukmin telah berjaya. Mereka ialah golongan yang khusyuk dalam solat mereka. Dan golongan yang berpaling menjauhi daripada perkara lagha (sia-sia). (al-Mukminun: 1-3).

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga semata-mata. Walaupun definisi puasa ialah imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari, namun hikmah puasa yang sebenar ialah bagi menjana nilai takwa dalam diri insan. 

Firman Allah mafhumnya:  
Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardukan kepada umat sebelum kamu moga-moga kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).


Oleh itu, ada beberapa riwayat hadis yang menggesa agar akhlak dijaga dengan baik ketika berpuasa. Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya: 
...maka apabila hari puasa seseorang kamu, maka janganlah dia melakukan maksiat dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil (seperti berkelahi, bertegang lidah dan sebagainya). Maka jika seseorang mencacinya atau melawannya maka hendaklah dia berkata bahawa saya adalah orang yang berpuasa. (riwayat al-Bukhari).

Hari ini, manusia tidak kisah untuk memfitnah, mencaci dan berkata dusta. Ada juga yang dihalalkan atas nama kebenaran. Entah benar atau tidak, Islam ada garis panduannya. Namun nampaknya garis panduan tersebut sudah tidak diendahkan. Oleh itu, adalah amat wajar tempoh sebulan Ramadan ini diisi dengan perkara yang boleh menjana nilai takwa.

Antara slogan yang perlu disematkan dalam kotak pemikiran kita ialah bagaimana hendak mewujudkan akhlak keikhlasan dalam beribadat. Keikhlasan beribadat ini pula didasarkan dengan pedoman al-Quran dan as-Sunnah. Seterusnya ia diteruskan dengan kekuatan semangat istiqamah.