Thursday, October 21, 2010
BAHAN BANTU MENGAJAR (MODEL BBM)
Ini adalah antara tugasan subjek Teknologi Pendidikan yang saya ambil...erm...pada mulanya saya salah faham dengan model yang perlu dihasilkan untuk tugasan ini..sedih sebenarnya apabila pensyarah saya terpaksa menunjukkan model lain untuk buat saya faham..tapi apepun hakikatnya saya seorang pelajar yang msih perlukan tunjuk ajar...bak kata orang,
Model yang saya buat ini adalah untuk menentukan waktu solat...harap satu hari nanti boleh jadi model yang efisyen untuk guru-guru Pendidikan Islam.
GAMBAR 1
GAMBAR 2
Wednesday, October 20, 2010
TEKNOLOGI DAN INOVASI
PENA DIGITAL ALQURAN
MESIN WUDU’ AUTOMATIK
SEJADAH KIBLAT
TEKNOLOGI WASHABLE KEYBORD
ROBOTIK
BEG TANGAN ANTIRAGUT
INOVASI NOTEBOOK
INOVASI BASIKAL
Institut Ilmu Al-Quran (IIQ) Jakarta melancarkan sebuah produk baru berupa pena digital untuk mempermudah belajar membaca Al-Quran. Hanya dengan menyentuhkan pena tersebut pada ayat-ayat dalam mushaf yang dilengkapi dengan plastik mika khusus, secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Rektor Institut Ilmu Al-Quran KH Ahsin Sakho Muhammad di stand IIQ saat mempamerkan produk baru itu di pameran MTQN XXII Kota Serang, Banten, mengatakan, pena digital itu lebih efektif jika dibandingkan dengan kaset atau CD. Kalau kaedah biasa menggunakan kaset dan CD atau belajar dengan guru, ini lebih mudah kerana pengguna mampu belajar sendiri lengkap dengan tajwid dan 7 lagu. Setiap orang boleh memilih ayat-ayat tertentu yang diinginkan dengan menyentuhkan pena digital, dan boleh dilakukan berulang-ulang jika memang belum difahami dengan betul. Saat pen tersebut disentuhkan dalam mushaf secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Dalam rakaman pena digital tersebut, ada tujuh lagu yang dilantunkan oleh qari Muammar ZA danqoriah Maria Ulfah, lengkap dengan tajwid yang sudah diuji oleh pentashih dari pihak studio dan pentadbiran Agama.
MESIN WUDU’ AUTOMATIK
Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjid manakala model yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.
SEJADAH KIBLAT
Sejadah kiblat ini dicipta oleh Soner Ozenc dan diberi nama Sajaddah 1426 sempena tahun hijrah yang direka (2005). Sejadah ini ditenun dengan teknologi Electro Luminescent Phosphore Painting dimana benang tersebut boleh menyala seperti kabel optik. Kecerahan benang tersebut bergantung kepada arah kiblat. Apabila sejadah menghadap kearah kiblat yang betul maka kecerahan benang tersebut adalah pada tahap maksimum. Aplikasi kompas digunakan dalam teknologi ini.
TEKNOLOGI WASHABLE KEYBORD
Keyboard mungkin salah satu objek yang mudah kotor. Biasanya, satu-satunya cara untuk membersihkan permukaan keyboard adalah dengan mengambil setiap butang dan membersihkannya, kemudian memasangkannya kembali. Tapi Unotron telah mencipta jalan penyelesaian dengan mencipta keyboard yang diberi nama washable keyboard. Keyboard ini memiliki teknologi SpillSeal yang mampu melindunginya daripada cecair dan membuatnya mudah untuk dicuci walaupun dengan menggunakan air paip dari wastafel anda. Selain keyboard, Unotrun juga menghasilkan tetikus dan pembaca Smartcard dan aksesori PC yang tidak mudah kotor.
ROBOTIK
Pada bulan November 2008, telah tercipta satu projek inovasi pada penciptaan robot dimana tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan robot yang mampu mengenalpasti emosi yang berbeza berdasarkan ekspresi wajah. Projek ini telah mengumumkan selesainya prototaip robot pertama yang tidak hanya mampu membangunkan emosi mereka sendiri apabila berinteraksi dengan pengasuh mereka, tetapi juga boleh mengekspresikan emosi-emosi mereka.
Rekaan ini dinamakan ‘Blotch’.Rekaan ini menggunakan sistem beg udara yang diubah suai mengikut kesesuaian dan dijana karbon dioksida. Dengan menggunakan ‘Blotch’ ini, peratusan keselamatan mangsa ragut lebih tinggi, begitu juga dengan keselamatan barangan milik mereka. Ini kerana sebaik sahaja peragut cuba menarik beg mangsa, salah satu pemegang beg berkenaan bertindak sebagai picu yang akan mengaktifkan sistem beg udara yang terdapat di dalamnya.Tindak balas gas (karbon dioksida) berkenaan akan mengakibatkan keseluruhan bahagian dalam beg berkenaan ‘meletup’. Ini akan membuatkan peragut panik kerana sebaik ‘letupan’ berlaku, semua barang yang ada dalam beg itu akan berselerak di atas jalan raya.
INOVASI NOTEBOOK
Perkembangan Notebook masa depan telah mengembangkan Notebook yang benar-benar dilihat seperti buku. Konsep dua panel LCD yang diperkenalkan membolehkan pengguna untuk menggunakannya mengikut keinginan. Pengguna dapat mempergunakan kedua sisi panel LCD untuk membaca text, seperti yang kita lakukan pada buku, atau dapat juga mengubah fungsi salah satu halaman panel yang ada menjadi keyboard untuk menuliskan text atau melakukan pengeditan dokumen. Notebook ini juga menggunakan kaedah touchscreen.
INOVASI BASIKAL
Ini bukan beg untuk meletak barangan. Tapi merupakan basikal yang boleh dilipat menjadi beg. Beg atau basikal ini turut dilengkapi dengan pembesar suara dalaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)