CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, December 12, 2010

PengorBanaN yanG direDhai



Assalamualaikum kawan2 yg drindui  dan juga kepada insan2 yg sudi mluangkan masa untuk melihat blog yg x sbrapa ini...
Alhamdulillah..
Result untuk sem lpas sudahpun kluar...
Hanya syukur sahaja yg ana mampu pnjatkan apabila melihat keputusan yg bru dkeluarkan..
Ana tidak memperoleh 4.00..itu terlalu tgi untuk ana dan ana x penahpun terfikir dn memasang angan2 untuk mendapat sebanyak itu..
Tp perancangan Allah sapela yg tahu...
Hanya Dia yg mampu untuk mnilai dn membuat sgala kptusan..
Kita sebagai mnusia hanya perlu berusaha, bertawakal dn sentiasa yakin dgn kekuasaan Allah s.w.t..
Sesungguhnya apa yg baik itu mgkin buruk untuk dri kita...
dn yg buruk itu mgkin baik untuk kita... 

Kawan2 sekalian...
Sehingga hari ini ana masih tidak percya yg ana mnerima kptusan setinggi itu...
Sem yg berlalu adlah sem yg pling sbuk dn kucar-kacir buat ana...
Ana menangis, kdg2 ana putus asa...
sebagai mnusia biasa tipulah klu ana tiada perasaan tertekan, sedih, tkut dn bimbang...
Ana sememangnya mempunyai tggungjawab yg besar untuk dpikul lbh2 lgi ble ana dlntik sbgai "seseorang" di kolej kediaman..
Hidup dgn meeting..kerja..program...asgnment yg pnuh cbaran..study untuk dfkirkan..hrpan kuarga..sedare mare dn untuk mse depan ana sndiri membuatkan ana runsing dgn plbagai masalah..
Tambahan pula ana diuji dgn keadaan ayh yg tidak mnentu..
Kadang2 ana terpksa blik kerumah untuk menjga ayh memndgkan adk brdik ana msih kecil dn bersekolah...
Emak pula terpksa bekerja untuk mykolahkan adik2...
Dan yg lain2...
Ana xnk bercrita lgi...
bg ana slagi ana kuat...ana akan tabah untuk semua ini...

Kawan2...
tiada rahsia untuk kejayaan ini..
Yg pnting kita perlu ikhlas dn jlnkn tggungjwab yg kita pikul dgn seikhlas mgkin..
perlu diingat Allah tidak akn mguji seseorg tnpa kemampuannya..
Yakinlah dgn Allah.
Dia tidak akn sesekali mgcwakan hambaNya yg tabah dn sbr mnjani onak dn duri kehidupan yg Dia rncangkan...

Salam Sayang
-FafA-

Tuesday, December 7, 2010

KuCing Ohhh KuCinG!!!!!!!!

Hahahaha....
ops..blum ape2 lg ana dh glak dlu dh...
Hahahahaha....
issh glak lg...
Assalamualaikum....
huhu..brula trgat nk bg slam..

Ana nk cter stu kisah nie..
Almaklumlah sekrg ana dh kne blik kolej..
ikut perkmpgan merangkap jd guard kot untuk kolej nie...

Kisah kucing nie berlaku lbh kurg...erm...xpastila berape bln yg lalu..
tp blhla ana kgsi pd sumer sbgai hiburan smata2..
Kisah nie memang xd kne mgna lgsung dengan yg hdup atau yg tlah mati..Innalillah...
tp ad gak kot berknaan dgn yg hdup haha....

Alkisah...toyyib (qasidah sikit)
Kisah ini berlaku di kolej ana n lbh detail lg kt aras ana...
Dkt dpn toilet dpn aras ana nie memgla slalu jd port untuk kucing2 nk buang hadas dye...
nk dktakan tiap hri ad jela *** kucing nie smpaila stdnt2 aras ana nie agk tertkan gakla dgn khruman dn keunikan *** tersbut...
mane xnya klu dh dkt hri2 disajikan sapela yg than...
lbih ksian lg dkt mkcik2 cleaner..hri2 bebel dkt aras ana..
tp nk bt cmnekan...
Nak dipnjangkan citer...
erm....
Pada suatu subuh yg tenang dn damai nie..
Ana dgn pnuh lemah lglainye..kiri,kanan,kiri kanan, (mcm kawadpun ad kot) pgla ke toilet dgn niat nk ambik sembayg subuh...
Apbila ana smpai je kt toilet...
Dengan semaksima mgkin ana bukakkan mata n seagresif mgkn ana gelak..
ase nk guling2pun ad..
hilang kengntukan ana yg mmbelenggu ana sblum nk gagahkn kaki g amik sembyang td...
Korang ase knpe ea????

hahaha..
Klu nk tau ble ana smpai je kt depan toilet pg tue..
Port yg slalu jd tmpat kucing2 nie puaskan nfsu mrka2 niekan, dhpun dtmpal dengan seseorg dgn tulisan
"DILARANG KENCING"
Lg yg ana x than nie siap org tue lukis dlm stu krtas A4 gmbar kucing tgah k*****g..
lg dasyat gmbr kucing tue kakinye pendek sblah n x center plak tue...
aduhai...kowang blh fkr x perasaan ana time 2...
Ana x kshla if nk tujukan pd org..nie pd kucing kot..
Maybe dowg fikir kucing tue dok ukm jd mesti pndai gak bce n dgar arahan kot..
hahahaha...
Tp berjaya taw..
Lpas tmpal arahan ala2 poster tue kucing2 nie dh x buang merata2 lg..
Sampai skrg bdk2 aras x buang poster tue coz blh gak ar bt gelak2 time g toilet..
hri2 nmpakpun ana ase nk glak jer ble pandang..
Tp yg jd kemusykilan kt ana smpai skrg nie...btul ke kucing kt ukm pndai bce n dgar arhan????
Hahahah....Lu pikirla sndiri...
-TatA-

Tuesday, November 30, 2010

HORAS INDONESIA

Salam perantauan..
Horas sumenya...
Alhmdulillah ana tlhpn slmt prg dn blik dri medan dlm keadaan sht wlafiat..
Mesti sume org tertya2 ape bnda horas nie..
Klu sume nk tau horas nie bermksud slmt sjhtra,dtg,prgi,pg,ptg dn swktu dgnnya bg org2 indonesia...
Ana cme nk cter skt pglman slma 5 hri brda di perantauan  mlwat universti sumatera utara (USU) smbil berjln2 dn menmba ilmu dn pglman yg myrnkkan dn sgt2 bermkna dlm hdp ana...gmbar ini smsa ana di USU bersma pmmpn plajar dn rektor disana...



Sebnrnya...
Berpluang ke medan,indonesia adlah pglman pertma ana menaiki kpal trbg dn jga kli prtma ana mlwat ngra org..
Bnyk klu hndk dcrtkan tntg pglman stu2 tmpt yg ana lwati dsana cme ap yg ana ingn kongsikan ialah btapa untgnye kte di mlysia ini..mkn ckup..tmpat tgl slesa tp dsana ank2 kcl terpksa bekerja,mmnta2 dri org2 ditgah2 jln,di psr2...
Keadaan ini sememgnye mydhkan ana..
X dpt nk bygkan keadaan hdup mrka..

Selain tue,
Ana jga berpluang mlwat danau toba yg mne danau ini klu diiktkn sjrahnye berlaku dsbbkn gng berapi..SubhanAllah...Allahhu Akbar...sgt2 luas dn bsar danau ini...
Ana jga berpluang mnaiki bot mlwat skitar danau toba...sgt cntik plau ini..tersgt2 cntik
Kbtln pula ana dtmptkn dichalet yg btul2 berhdpn dgn danau toba nie..
lglah ana ase xnk blik...huhuhu..



Dapt mnjejkkan kaki ke Istana Maimoen dn duduk sbntr diats tkhta permaisuri jga suatu pglman yg sgt mnrik bg ana..bkn seng taw..

Nk cter pnjang2pun org pnt nk bce..klu iktkn hti ana nk jer tulis diari spnjg 5 hri kt sne tp nti tgas yg ana kne bt skrg nie x pasl2 terbgklai plak..jd..kgsi yg nie jela ea..
Cme ap yg boleh ana katakan..berada 5 hari di medan sgt2 mnyrnkkan dn smemangnya bnyak mydarkan ana tntg erti khdupan..
Skar nk dgmbar dn dcrtakan cme klu diizinkn, ana xkn mnlak untuk ke medan lg untuk kdua klinya...

Wednesday, November 10, 2010

Setinggi Syukurku

Alhamdulillah...akhirnya ana dan rakan-rakan telah berjaya menghadapi perjuangan kami untuk sem ini..
Terima kasih yang tidak terhingga ana ucapkan pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu ana menghadapi liku-liku hidup sepanjang berjihad pada semester ini dengan tugasan-tugasan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan di bahu ana..
Kepada semua pensyarah-pensyarah yang tidak pernah jemu mengajar kami erti pengorbanan dan perjuangan..
terima kasih ana ucapkan..
Allah sahaja yang mampu membalasnya..
Syukur pada Allah yang sentiasa memberi ketenangan kepada diri ana atas segala ujian yang telah diberikan...
walaupun ada rahsia-rahsia hidup yang ana simpan disanubari dan ana sematkan dihati ana ini, ana bahagia kerana adanya rakan-rakan yang sentiasa menyokong ana daripada belakang..
Jasa,kasih sayang,pengorbanan,harapan dan tunjuk ajar kalian sesekali tidak akan ana lupakan..
Ana mohon maaf atas segala ketelanjuran,khilaf diri ana yang kerdil ini sepanjang mengenali kalian...
Harapan ana supaya kita semua beroleh keberkatan dan sentiasa dipermudahkan segala urusan..
Khas buat rakan-rakan...
Teruskan perjuangan kalian...
Ada insan yang menanti anda diluar sana...
ingatlah!!!
perjuangan anda masih belum selesai selagi nyawa dikandung badan...




Thursday, October 21, 2010

INOVASI 2010

IKLAN PETRONAS 2008

BAHAN BANTU MENGAJAR (MODEL BBM)


Ini adalah antara tugasan subjek Teknologi Pendidikan yang saya ambil...erm...pada mulanya saya salah faham dengan model yang perlu dihasilkan untuk tugasan ini..sedih sebenarnya apabila pensyarah saya terpaksa menunjukkan model lain untuk buat saya faham..tapi apepun hakikatnya saya seorang pelajar yang msih perlukan tunjuk ajar...bak kata orang,

                                                "saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan...


Model yang saya buat ini adalah untuk menentukan waktu solat...harap satu hari nanti boleh jadi model yang efisyen untuk guru-guru Pendidikan Islam.






          GAMBAR 1






                                GAMBAR 2



KULIT BUKU

ALHAMDULILLAH......Inilah akhirnya kulit buku yang telah saya hasilkan..



Wednesday, October 20, 2010

TEKNOLOGI DAN INOVASI

PENA DIGITAL ALQURAN


Institut Ilmu Al-Quran (IIQ) Jakarta melancarkan sebuah produk baru berupa pena digital untuk mempermudah belajar membaca Al-Quran. Hanya dengan menyentuhkan pena tersebut pada ayat-ayat dalam mushaf yang dilengkapi dengan plastik mika khusus, secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Rektor Institut Ilmu Al-Quran KH Ahsin Sakho Muhammad di stand IIQ saat mempamerkan produk baru itu di pameran MTQN XXII Kota Serang, Banten, mengatakan, pena digital itu lebih efektif jika dibandingkan dengan kaset atau CD. Kalau kaedah biasa menggunakan kaset dan CD atau belajar dengan guru, ini lebih mudah kerana pengguna mampu belajar sendiri lengkap dengan tajwid dan 7 lagu. Setiap orang boleh memilih ayat-ayat tertentu yang diinginkan dengan menyentuhkan pena digital, dan boleh dilakukan berulang-ulang jika memang belum difahami dengan betul. Saat pen tersebut disentuhkan dalam mushaf secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Dalam rakaman pena digital tersebut, ada tujuh lagu yang dilantunkan oleh qari Muammar ZA danqoriah Maria Ulfah, lengkap dengan tajwid yang sudah diuji oleh pentashih dari pihak studio dan pentadbiran Agama.

MESIN WUDU’ AUTOMATIK


Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjid manakala model yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.

SEJADAH KIBLAT


Sejadah kiblat ini dicipta oleh Soner Ozenc dan diberi nama Sajaddah 1426 sempena tahun hijrah yang direka (2005). Sejadah ini ditenun dengan teknologi Electro Luminescent Phosphore Painting dimana benang tersebut boleh menyala seperti kabel optik. Kecerahan benang tersebut bergantung kepada arah kiblat. Apabila sejadah menghadap kearah kiblat yang betul maka kecerahan benang tersebut adalah pada tahap maksimum. Aplikasi kompas digunakan dalam teknologi ini.


TEKNOLOGI WASHABLE KEYBORD



Keyboard mungkin salah satu objek yang mudah kotor. Biasanya, satu-satunya cara untuk membersihkan permukaan keyboard adalah dengan mengambil setiap butang dan membersihkannya, kemudian memasangkannya kembali. Tapi Unotron telah mencipta jalan penyelesaian dengan mencipta keyboard yang diberi nama washable keyboard. Keyboard ini memiliki teknologi SpillSeal yang mampu melindunginya daripada cecair dan membuatnya mudah untuk dicuci walaupun dengan menggunakan air paip dari wastafel anda. Selain keyboard, Unotrun juga menghasilkan tetikus dan pembaca Smartcard dan aksesori PC yang tidak mudah kotor.



ROBOTIK

Pada bulan November 2008, telah tercipta satu projek inovasi pada penciptaan robot dimana tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan robot yang mampu mengenalpasti emosi yang berbeza berdasarkan ekspresi wajah. Projek ini telah mengumumkan selesainya prototaip robot pertama yang tidak hanya mampu membangunkan emosi mereka sendiri apabila berinteraksi dengan pengasuh mereka, tetapi juga boleh mengekspresikan emosi-emosi mereka.

BEG TANGAN ANTIRAGUT

Rekaan ini dinamakan ‘Blotch’.Rekaan ini menggunakan sistem beg udara yang diubah suai mengikut kesesuaian dan dijana karbon dioksida. Dengan menggunakan ‘Blotch’ ini, peratusan keselamatan mangsa ragut lebih tinggi, begitu juga dengan keselamatan barangan milik mereka. Ini kerana sebaik sahaja peragut cuba menarik beg mangsa, salah satu pemegang beg berkenaan bertindak sebagai picu yang akan mengaktifkan sistem beg udara yang terdapat di dalamnya.Tindak balas gas (karbon dioksida) berkenaan akan mengakibatkan keseluruhan bahagian dalam beg berkenaan ‘meletup’. Ini akan membuatkan peragut panik kerana sebaik ‘letupan’ berlaku, semua barang yang ada dalam beg itu akan berselerak di atas jalan raya.

INOVASI NOTEBOOK

Perkembangan Notebook masa depan telah mengembangkan Notebook yang benar-benar dilihat seperti buku. Konsep dua panel LCD yang diperkenalkan membolehkan pengguna untuk menggunakannya mengikut keinginan. Pengguna dapat mempergunakan kedua sisi panel LCD untuk membaca text, seperti yang kita lakukan pada buku, atau dapat juga mengubah fungsi salah satu halaman panel yang ada menjadi keyboard untuk menuliskan text atau melakukan pengeditan dokumen. Notebook ini juga menggunakan kaedah touchscreen.

INOVASI BASIKAL

Ini bukan beg untuk meletak barangan. Tapi merupakan basikal yang boleh dilipat menjadi beg. Beg atau basikal ini turut dilengkapi dengan pembesar suara dalaman.

Saturday, September 4, 2010

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PENGGUNAAN E-LEARNING DAN INTEGRASI INTERNET DALAM
PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Electronic learning atau e-learning telah mendapat perakuan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam sistem pendidikan hari ini. Kemampuan dan kemajuan teknologi ini adalah bergantung kepada perkembangan pesat dalam teknologi internet dan telahpun mempengaruhi sistem pendidikan dari segi bentuk pembelajaran dan kaedah penyampaian berbanding dengan sistem yang sedia ada. Bagi institusi yang mengaplikasikan pengajian didalam dan diluar bilik darjah, teknologi e-learning bukan sahaja dapat membantu dalam pengajaran mereka bahkan penggunaannya akan menambahkan kualiti penyampaian dimana para pengajar boleh menyediakan nota mereka sebelum atau selepas pengajaran dalam kelas. Namun yang menjadi isu dalam penggunaan e-learning ini khususnya bagi guru Pendidikan Islam ialah mereka tidak jelas dengan kelebihan penggunaan e-learning dan fungsi penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam permasalahan ini para guru perlu faham tentang beberapa perkara:

• Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) disamping mengekalkan ketrampilan dan keperibadian mulia sebagai tunjang utama.

• Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran manakala, aktiviti pembelajaran pula hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.

• Penggunaan e-learning dalam bidang Pendidikan Islam membolehkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru. Maka, para pelajar boleh berinteraksi dengan guru-guru dalam bentuk forum atau berbincang secara langsung menerusi chat room.

• Para pelajar tidak perlu untuk berjumpa guru untuk tujuan mendapatkan maklumat berkenaan subjek. Ini adalah kerana penggunaan e-learning turut menyediakan pelajar segala maklumat berkaitan subjek seperti objektif subjek, jadual kelas, kerja kursus dan sebagainya.

• Bahan pembentangan dalam kelas menjadi kepentingan terbesar dalam e-learning dimana para pensyarah atau guru-guru akan dapat memuatkan bahan pembentangan mereka dengan tujuan rujukan. Bahan ini juga akan disusun mengikut minggu pengajian bagi menggalakkan pelajar menghadirkan diri ke kelas.


Monday, August 30, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, August 29, 2010

WAJAH SUCI

sedihnya melihat insan kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kekejaman manusia akibat membiarkan hawa nafsu  terus bermaharajalela.....INSAFLAH....

Monday, August 23, 2010

klik disini

Sunday, August 22, 2010

UKM lahirkan 233 graduan PhD tahun ini

myMetro
Isnin, 23 0gos 2010




UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) membuktikan kredibiliti sebagai antara universiti terbaik negara apabila menganugerahkan 233 graduannya Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen ke-38 di kampus induk, Bangi, Selangor, baru-baru ini.


Anugerah itu menjadikan UKM pemegang rekod terbanyak sejak tahun lalu, sekali gus menunjukkan kesungguhan merencanakan wawasan negara melahirkan 60,000 pensyarah berkelulusan PhD menjelang 2023.


Ia juga bukti komitmen tinggi UKM sebagai satu daripada lima universiti penyelidikan negara.


Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, UKM komited dan serius dalam proses penjanaan ilmu, selain mahu menjadikan institusi itu disegani di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Berita penuh.. (klik sini)

Saturday, August 21, 2010

Puasa sekadar tahan lapar dahaga???

PUASA Ramadan adalah ibadah yang menjadi kewajipan setiap Muslim. Dalam menjaga agar puasa tidak rosak, masyarakat Muslim perlulah prihatin dan berhati-hati dalam hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Biasanya masyarakat sering mengemukakan isu yang merujuk kepada puasa dan aspek perubatan. Contohnya penggunaan inhaler ketika berpuasa, penggunaan rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang, suntikan insulin, bius dan sebagainya. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama dalam masalah ini. Terdapat pelbagai buku boleh dikaji supaya kita lebih faham tentang isu-isu ini. 

Persoalan yang diajukan itu memberi tanda yang positif. Ia merupakan satu penanda aras tentang tahap kefahaman segelintir masyarakat Muslim dalam memahami hukum-hakam puasa. Namun sedikit malang apabila persoalan yang amat penting juga dalam ibadah puasa sedikit terabai. 
Contohnya segelintir masyarakat Muslim tidak melihat akhlak yang buruk sebagai perkara yang membatalkan puasa atau membatalkan pahala ibadah puasa. Maka waktu senggang yang asalnya diisi dengan makan digunakan untuk mengumpat, bercakap bohong, berbual perkara yang lagha atau sia-sia secara keterlaluan. 



Oleh itu, amat wajar untuk direnungi suatu sabda Nabi SAW maksudnya:  
Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta dan amalan dengannya maka tiadalah Allah berhajat baginya untuk dia meninggalkan makan dan minum. (riwayat al-Bukhari)

Mengikut tafsiran hadis ini sebagaimana dalam Fath al-Bari - satu karya yang menghuraikan Sahih al-Bukhari. Hadis ini menggambarkan bahawa amalan puasa ini tidak diterima oleh Allah.

Alangkah ruginya puasa yang dilakukan dengan kelaparan dan kehausan namun ia tidak diterima. Perit-jerih bangun bersahur pada awal pagi hanya menjadi amalan yang sia-sia.
Maka menjauhi perkara yang sia-sia sebenarnya merupakan dasar bagi seorang mukmin.

Tidakkah al-Quran menjelaskan ciri-ciri golongan mukmin yang berjaya. Antaranya ialah menjauhi perkara yang sia-sia sebagaimana firman Allah mafhumnya:
Sesungguhnya orang mukmin telah berjaya. Mereka ialah golongan yang khusyuk dalam solat mereka. Dan golongan yang berpaling menjauhi daripada perkara lagha (sia-sia). (al-Mukminun: 1-3).

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga semata-mata. Walaupun definisi puasa ialah imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari, namun hikmah puasa yang sebenar ialah bagi menjana nilai takwa dalam diri insan. 

Firman Allah mafhumnya:  
Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardukan kepada umat sebelum kamu moga-moga kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).


Oleh itu, ada beberapa riwayat hadis yang menggesa agar akhlak dijaga dengan baik ketika berpuasa. Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya: 
...maka apabila hari puasa seseorang kamu, maka janganlah dia melakukan maksiat dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil (seperti berkelahi, bertegang lidah dan sebagainya). Maka jika seseorang mencacinya atau melawannya maka hendaklah dia berkata bahawa saya adalah orang yang berpuasa. (riwayat al-Bukhari).

Hari ini, manusia tidak kisah untuk memfitnah, mencaci dan berkata dusta. Ada juga yang dihalalkan atas nama kebenaran. Entah benar atau tidak, Islam ada garis panduannya. Namun nampaknya garis panduan tersebut sudah tidak diendahkan. Oleh itu, adalah amat wajar tempoh sebulan Ramadan ini diisi dengan perkara yang boleh menjana nilai takwa.

Antara slogan yang perlu disematkan dalam kotak pemikiran kita ialah bagaimana hendak mewujudkan akhlak keikhlasan dalam beribadat. Keikhlasan beribadat ini pula didasarkan dengan pedoman al-Quran dan as-Sunnah. Seterusnya ia diteruskan dengan kekuatan semangat istiqamah.